Assalamualaikum...
"hai obat, hai obat...mari beli obat..."
Hehehe...saja nyanyi. Sebenarnya...entri kali ni aku nak share pasal Jerslin Oil. Tau tak apa Jerslin Oil tu??? kalau tak tau...tanya kat incik gugel la ye...hihi...
Saja je nak share...sebab tengok sekarang ni macam musim demam pulak. Tengok kat fb pun, ramai anak kawan-kawan yang demam...huhu...ciannye...
Haaaa...meh sini, aku nak habaq kat korang. FYI, aku bukan ejen atau penjual minyak ni tau...aku hanya seorang PENGGUNA.
Orang kata banyak kegunaannya...Maybe...
Dalam flyer yang aku dapat pun listnya panjang je cerita pasal kegunaan minyak jerslin ni.
Tapi, aku just guna untuk situasi-situasi seperti yang aku nyatakan kat bawah ni haaaa....sila-sila la baca ye...kot la boleh bantu siapa-siapa yang tengah memerlukan...dapat gak akak collect pahala kan...hehe...
Kalau anak demam, boleh di gunakan untuk urut seluruh badan anak, specially tapak kaki...lepas tu, pakaikan kakinya stokin'. (selain tu, aku urut kat dahi & sama dia punya kapla juga)
seandainya mengalami batuk biasa, sapukan minyak jerslin kat leher & dada...untuk batuk berkahak pula, sapukan pada dada. Sapu dalam 5 ke 10 minit. Jangan la malas sangat, tenyeh-tenyeh...dah, ok la tu...tak boleh, tek boleh, tek boleh...
At least, di urut dalam 5 - 10 minit...InshaaAllah, kahak akan kuar (biasanya diorang akan muntah kahak, ni melalui pengalaman aku la...)
Anak aku Farah ada lelah a.k.a semput, bila nampak nafas dia semput...aku start la sapu minyak ni kat dada & pelipat2 yang ada (tangan & kaki). Erk!!! tau ke pelipat tu ape? huhu...
Untuk kes adik aku pulak, anak dia pernah kena chicken pox. Umo time kena tu, baru masuk setahun lebih ckit kalau aku tak silap. Pada mulanya...dia just nak try je. Memandangkan jerslin oil ni banyak kegunaan katanya kannn...So, dia sapukan Jerslin Oil pada tempat-tempat chicken pox menjelmakan diri...alhamdulillah, chicken pox pun malu-malu nak keluar. Hehe...
Ok, cara sapuan pula terpulang la ye...tp, kalau aku...macam ni caranya :-
Sapu dengan cara lawan arah jam...jgn lupa selawat. Siapa yang tahu zikir syifa lagi bagus...hehe...inshaaAllah, kita ikhtiar. Kuasa penyembuhnya hanya pada Allah...minyak ni hanya sebagai usaha kita ajer...
Sekian, tu jer...
Harap dapatla membantu kawan-kawan yang sedang memerlukan ye...
Tata titi tutu...
cerita ceriti di sana sini
wanna share with you anything and everything or, whatever!!!
Followers
Tuesday, 24 September 2013
Monday, 19 August 2013
Salam Lebaran Uols...
Assalamualaikum...salam sejahtera diucapkan!!! wah gitewww...ahaaa...
Mula-mula, mak nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR & BATIN SEMUA...
Lama sungguh mak tak menghapdetkan blog cikai mak ni kan uols...cerita sangat banyak sebenarnya. Tp, peluang nak menaip tu agak kureng sikit. Al-maklum la...mak ada anak kecik...on PC, dia panjat kerusi duduk kat riba kita, on laptop pulak, asyik nak tekan-tekan keypad. Sudah nye, satu apa pun tak menjadi...hewhewhew...
Sepanjang menyepinya blog mak ni, macam-macam sebenarnya yang berlaku...dulu, kitorang duduk Kedah...tapi, la ni...dah pindah balik ke Sarawak. "i'm coming home, i'm coming home...tell the world i'm coming home..." wah, siap nyanyi lagi...suke ler tu...haha...
hey, mana tak hepi...dapat pindah balik ke negeri sendiri. Hampir 4 tahun mak merantau uols...walaupun 4 tahun tu rasa macam sekejap, tp...pengalaman yang mak dapat sepanjang berada di negeri jelapang padi sangat-sangat mahal harganya...tak ternilai i tell you...hikhik...hanya yang pernah merantau jauh dari keluarga je tahun apa rasanya berjauhan dengan mak & ayah, walaupon time tu kita dah berkeluarga...ada suami & anak-anak...tp, perasaan meninggalkan ibu & ayah dalam jarak yang agak jauh...sangat-sangat mencabar jiwa & perasaan...(fullamak, ayat aku...huahaha... ;p) yer la...mak ayah aku sudah agak berusia, demam, pening diorang tu yang kadang-kadang buat aku tak keruan. Hanya doa yang mampu mak bekalkan untuk depa uols...
Rasanya, 3 bulan sudah berlalu...giler mak tak rindu kat negeri jelapang padi tu!!! 2 orang anak mak dapat kat sana uols...hahaha...hevat tak? hevat tak...? kikiki... Banyak sangat memori & pelajaran yang mak belajaq sepanjang duk kat Kedah. Betapa dulu, mak seorang kaki komplen...sekarang mak dah tau bahawa dengan bersyukur dengan apa yang kita ada, lagi manis rasanya daripada duk komplen sana sini...huhu...
Alhamdulillah, sekarang sudah nampak kenapa dulu kami kena transfer ke Kedah. Agaknya, Allah nak kami sedar & belajar erti SYUKUR...dari terus terleka dengan keadaan yang selesa. Belajar mengharungi hidup yang agak sukar pada mulanya (permulaan hidup kami di Kedah adalah sangat-sangat mencabar...) dan kemudian, di saat kita redha dengan apa yang kita tempuhi, Allah hadiahkan pula kemanisan di penghujungnya...suatu perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan, suatu perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan...kami benar-benar bersyukur atas apa yang telah kami harungi...sesungguhnya, sangat benar bahawa...pengalaman merupakan pelajaran berharga dan pengalaman juga yang mematangkan dan mendewasakan kita...tak percaya??? cuba lah...merantau & cari pengalaman... "PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK" andai kita menjadikannya sebagai iktibar dan pelajaran terhadap semua yang berlaku.
Hadoi, mengantuk la pulak mata ni...ugh, sampai sini dulu la enrti mak ye uols...len kali kita cerita lagi...semoga ketemu lagi di entri yang akan datang...chow chin chow...peace no war. Pray for Mesir!!!
Sunday, 4 November 2012
Nenek Tua Berkaki Ayam
Ohhhh...terasa macam lama jugak tak menghapdetkan blog ni...macam2 benda jadi lately, terutamanya berkaitan dengan kesihatan...lepas sorang, sorang lagi yang kena demam...hurmmm...lumrah bila ada beberapa orang anak kot.
Entri kali ni saje nak bercerita tentang apa yang berlaku petang semalam...hacayyy, petang semalam kami sekeluarga keluar untuk ke klinik, sebab anak ku yang kecik demam. Macam biasa, standard kot...kita menunggu sampai 2 jam, jumpa doktor macam kurang dari 2 minit je...nasib baik la doktor tu check betul2...aku kata check betul2 sebab, ada sesetengah doktor just tanya kita sakit apa, then, diorang tulis2 kat kad, then kita keluar amik ubat. tp, lain pula doktor yang kami pergi ni. dia siap check telinga, tekak...etc. So, bagi aku menunggu lama untuk service yang begini, kira ok la....daripada main tanya2 & lepas tu keluar amik ubat...kan...!!!
ok, lupakan pasal doktor...sedang aku menunggu giliran untuk berjumpa doktor, mataku melilau melihat suasana klinik & memerhati gelagat orang2 yang juga sedang menunggu giliran masing2...tba2, mataku terpaku pada kaki seorang nenek tua bertudung labuh hitam yang duduk bersebelahan denganku. kakinya menguis-nguis lantai klinik yang agak kotor itu.
Ya Allah, nenek ni tak pakai kasut @ selipar? kesiannye...dalam hati, aku mula mermonolog sendiri, dengan menggunakan daya imaginasi tertinggi ku...(kononnya aku bertanya..."nenek, mana kasut @ selipar nenek? tak sakit ke jalan berkaki ayam?...lantas nenek tu pun menjawab dengan mukanya yang slumber..."nenek ni sebenarnya peminat setia penyanyi Elyana yang nyanyi lagu Kalis Rindu tu, cu...dia kan slalu tak berkasut @selipar kalau buat show...idola nenek tu...)
aku tergelak kecil & tersenyum sendiri...nenek di sebelahku seperti tahu apa yang sedang bermain di fikiranku...kakinya bermain-main di bawah kerusi. Rupa2 nya dia mengambil sandalnya yang sengaja diletakkan dibawah kerusi lantas menyarungkan semula sandal itu pada kakinya...
huhu....nenek, nenek...kesian nenek, tak pasal2 jadi bahan imaginasiku...hihi...i'm sorry, nenek ;)

Tuesday, 30 October 2012
Monday, 29 October 2012
Disengat Lebah
weeehuuu...
terasa agak lama tak menghapdetkan blog ni...amacam raya korban hari tu? jangan banyak sangat makan daging kengkawan...klu saket gigi ok giii...tp, klu kena high blood, apa cer??? kan parah jd nye...hihuuu...
hocayyy, entry kali ni nak citer pasal apa yang berlaku kat mr. hubby aku hari ni... :'(
hocayyy, entry kali ni nak citer pasal apa yang berlaku kat mr. hubby aku hari ni... :'(
korang pernah tak kena sengat dengan lebah? klu satu @ dua sengatan ok lagi rasanya...tp, apa yang berlaku kat hubby aku...huhuhu...punya banyak sengatan yang dia kena. Ya Allah, sebak rasa hati melihat keadaan dia. Bengkak sana sini.
Dalam situasi sekarang, aku kena kuat...dah la berada d perantauan, jauh dari family...dengan 3 anak yang masih dlm proses pembesaran (yang 1st baru 5thn, 2nd baru 2 thn & yang kecik baru 9bln)..."hati kena kental" setiap kali ada masalah kesihatan melanda keluarga aku...aku slalu motivate diri dgn kata2 itu..."hati kena kental" biar orang nampak kita mcm kuat tp...hati hanya tuhan yang tahu...
petang ni tadi...tiba2 hubby aku muntah dengan banyaknya...aku jd takut, air mataku bertakung...jantung berdetak kencang...Ya Allah, apa sebenarnya yang berlaku??? hubby ku mengadu yang badannya terasa sejuk...aku ajak ke hospital, sebab kat sini takde klinik buka mlm... :'( dia menolak...aku turuti kemahuannya...buat masa sekarang, dia sedang merehatkan diri...kadang2, bila keadaannya agak teruk, aku seperti hilang punca, tak tau nak buat apa...Ya Allah, semoga engkau beri kesihatan yang baik kepada suamiku Ya Allah...

semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku...amin...
Subscribe to:
Comments (Atom)